Tuesday, July 7, 2009

MAKLUMAT AM

Latarbelakang

Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Belia dan Sukan diwujudkan pada November 2000. Penasihat Undang-Undang yang ditempatkan di Kementerian ini merupakan seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.


Fungsi

Fungsi Pejabat Penasihat Undang-Undang ini ialah:

  1. Memberi nasihat perundangan kepada Kementerian Belia dan Sukan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Persekutuan yang relevan dan ada kaitan;
  2. Memberi nasihat supaya tercapai matlamat dasar Kerajaan dengan mengambil kira kepentingan awam dalam pembangunan Belia dan Sukan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain;
  3. Menggubal undang-undang termasuk peraturan-peraturan bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan;
  4. Mengadakan serta meneliti kontrak-kontrak Kerajaan dengan pihak-pihak tertentu serta menjaga kepentingan Kerajaan khususnya Kementerian dalam hal tersebut; dan
  5. Memantau kes-kes sivil atau apa-apa tuntutan yang terletak di bawah bidang kuasa dan kawalan Kementerian ini terutamanya tuntutan-tuntutan melibatkan kontrak atau perjanjian.
* Sumber dari : Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG KE PEKAN WESTON - DESTINASI PERSINGGAHAN BERSEJARAH

SELAMAT DATANG KE PEKAN WESTON  - DESTINASI   PERSINGGAHAN  BERSEJARAH
Laman Web BDD Kg Weston

Followers

About Me

My photo
Selamat datang Ke Laman Blog Persatuan Belia Pekan weston .Dianugerahkan Nama Zainal Abidin Omar Ali . Anak jati kelahiran Kg Laut weston Beaufort Sabah .Tak banyak yang boleh dikongsi cuma tahu seadanya tentang hidup . Sesungguhnya kelahiran blog ini merupakan satu hasrat bersama bagi menterjemahkan aspirasi kalangan belia khusunya Belia di pekan weston untuk dikongsi oleh kalangan rakan diluar sana . Apa yang lebih penting kelahiran laman blog ini mampu memperlihatkan wacana pembangunan belia dalam mengisi wadah perjuangan aktivis belia bagai menjayakan hasrat pimpinan negera 1 belia untuk 1 malaysia